Setelah sekian lame takde cerita yang nak diceritakan, maka pada hari ini, ada la satu cerita yang mahu saya ceritakan...
Pada suatu hari, saya seorang diri, menaiki bus dr Pudu ke Ipoh.. Yea perjalanan sejauh 3 jam itu semata2 untuk menggantikan ibu bapa yang tidak dapat hadir ke sekolah adik saya di Ipoh untuk mengambil report card dan berjumpe dgn Guru..
Ibu berkata "biarlah makcik A yg kat Ipoh tu pergi."
Ayah pula berkata "Bari, kamu pergilah tgk adek kamu tu."
Saya:"Suruh Makcik A je pegi tak boleh ke?"
Ayah:"Adek tu nak PMR tahun ni, kene la bg moral support."
Saya:"ooo"
Walaupun sedikit berat hati, tapi mengingatkan yg saya dahulu mendapat semangat untuk study PMR sbb ayah saya punye nasihat time dia datang untuk jumpe guru selepas exam pertghn tahun, maka saya pergilah Ipoh seorang diri.
Setelah saya berjumpe dgn adek , jmpe guru dan memberikan dia nasihat, kami pun bersiar2 di ipoh megoplex dan balek kerumah makcik A di Ipoh. Semuanye kelihatan normal.. Tetapi apabila malam menjelma, berlakulah peristiwa yang sangat mengejutkan.
Maid A, nama dirahsiakan di atas alasan keselamatan, telah membawa seorang lelaki masuk kerumah tanpan kebenaran mak cik A , pak cik A dan lain2. Saya pada waktu itu tengah tido ketika tengok cerita The Beast yang macam wokevo tu.. Makcik A ternmpak lelaki itu maka menjeritlah dia memanggil pak cik A then kejut saya "Bari, ade pencuri masuk rumah!". Saya sangatlah terkejut apabila mendengarnye, namun Pak cik A segera bertindak pantas menangkap orang yg masuk kerumah itu.. Dia menanya sambil memarahi laki tersebut "MACAM MANA KAMU MASUK KE RUMAH INI?"
Lelaki itu kate maid A yg benarkan dia masuk... maid A pula berpura2 tidak mengenali lelaki itu. Namun setelah di soal dengan Nama Allah, baru lah maid itu mengaku dia kenal lelaki itu. Pak cik A dan Mak cik A sangat marah... Rupenye lelaki itu masuk dengan memanjat pagar belakang rumah dan masuk apabila Maid A membuka pintu blakang.! Mak cik A sangatlah marah,.. Tambahan pula Maid A sudah ada suami dan anak... Maid A sangat malu dengan tindakannya dan cube membunuh diri dengan mengambil pisau. Mujurlah Pak cik A sangat pandai berbahasa "XX, kamu jangan buat keje bodoh la! macam ni ke kamu islam!"
Maid A mungkin tersentap atas kata2 Pakcik A, tapi pisau masih ditangannya dan rapat ditujukan ke perutnya.. "Biarlah saya mati daripada menanggung malu ini." Yeah... sungguh tak sangka-sangka. Kata yang saya bikin hanya wujud di dalam drama, terdengar dengan telinga saya sendiri. Maid A berjaya ditenangkan dan disuruh memasuki bilik. Lelaki yg masuk rumah itu berjaya ditangkap dan di soal siasat di balai polis.
Namun, kes ini belum lagi selesai...
Keesokkannya, 2 kereta pak cik A di potong cerminnya. Barang2 di dalam kereta kelihatan berselerak. Setelah di panggil Unit Forensik, CSI, The Beast dan segalanya, kereta di siasat dan di dapati tiada barang yang hilang. Polis di gesa untuk membuat rondaan di waktu malam di Taman tersebut untuk mengawasi tindakan ganas yang mungkin berlaku.
Setelah sepurnama, tiada apa-apa yang berlaku. Semuanya kelihatan seperti sedia kala. Di harap pakcik makcik sekeluarga dapat teruskan hidup tanpa sebarang trauma dan gembira-gembira selalu. Yeah the end :P
what a coincidence!
ReplyDeletewhile i'm finding two missing maid,
you talked about your aunt's maid.
whatever mxm4198
ReplyDeleteamboi....nama dirahsiakan ehh...elok gak tu.. tak nak mention ke mamat tu BANGLA...eee..tak kuasa taw! from Makcik A
ReplyDelete