Sunday, July 12

## Ujian Penguasaan Bahasa Melayu ##

Syarat-syarat :
1. 'Tag' dijawab dalam Bahasa Melayu sahaja.
2. Tag orang yang telah men'tag' anda.
3. Tag orang yg anda mahu tag.

(Saya rasa syarat 2 dan 3 itu sangat tidak perlu)

Sila jawab soalan-soalan ini dalam Bahasa Melayu sahaja.

1. Apakah yang anda sedang lakukan 30 minit yang lalu?
Saya mengemas bilik pusaka keluarga yang sudah lama tidak dipenghuni kerana panas yang sangat bahang dan satu2nya bilik yang berada di tingkat bawah.

2. 2 jam yang lalu?
Saya pergi ke UniKL MIAT. Adik saya berdaftar di sana untuk memasuki program maritim. Saya berayau2 di sekitar kapal terbang sambil mengambil gambar bersama adik.

2. Anda suka
Mendengar lagu sambil membaca komik. Game pun suka juga tetapi sudah berkurangan kerana terdapat segilintir manusia yang bermain muslihat dan tipu dengan menggunakan Peta Godam. Tambahan pula, Game mesti mempunyai sepuluh orang untuk dimulakan maka berlakulah kes seperti menunggu orang, orang hilang, komputer rosak, orang meninggalkan game dan sebagainya.

3. Minggu lepas
Saya pergi ke Masa kuasa dua untuk berjumpa dengan kawan yang sudah lama tidak bertemu. Kami bersama menonton wayang berunsur 18SG yang bertajuk "Musuh Awam".

4. Tiga lagu yang boleh anda dengar berulang-ulang kali
Kami buat awak - Eminem
Jangan percaya saya - 3oh!3
Biar rentak batu! - Peas bermata hitam

5. 3 binatang yang anda tak suka
Lalat
Nyamuk
Lipas
Semut

6. 5 fakta tentang anda
Saya tidak suka tunggu orang.
Saya tak suka buat orang tunggu saya.
Saya suka minum air.
Saya takut gelap.
Saya mahu jadi seperti Jim carrey dalam cerita "Orang Ya". -.-"

7. Tahun depan mungkin
saya mahu belajar dengan lebih tekun. Mungkin XD

8. Saya tak reti
bermain gitar. Saya mahu belajar tetapi jarang berpeluang.

9. Saya pandai
main game. Tapi memang ramai yang pandai main game maka ianya bukanlah satu benda yang istimewa.. Saya harap saya pandai bermain gitar. Saya setuju dengan saudara Azizi bahawa nasi Miorlah nasi yang terpaling sedap sekali!

10. Kawan saya
telah pergi ke Port Dickson dengan kawan-kawannya.

11. Saya ada
adik beradik yang ramai. Ada 13 termasuk adik beradik tiri.

12. Saya seorang
yang masih belajar erti-erti kehidupan. -.-"

13. Adik saya
semuanya baik-baik sahaja.

14. Saya tak pernah bosan dengan (senaraikan 4)
Tidak ada. Saya mesti pernah bosan akan sesuatu apabila tiada mood. Tetapi apabila mood itu ada, saya akan kembali meminati benda tersebut.

15. Bilakah pertama kali anda bercinta?
Apakah itu cinta? Saya sampai sekarang masih kurang memahami. Tetapi Rasanya saya pernah meminati seseorang semasa darjah tiga.

16. Perkara yang selalu orang tak percaya tentang anda
Orang tak percaya saya pernah menghisap rokok.

17. Saya rindu
PK2002

18. Saya tak sabar
untuk pergi ke Langkawi nanti bersama ayah dan keluarga.

19. 5 laman yang anda selalu layari:
www.facebook.com
www.imeem.com
www.youtube.com
www.yahoo.com
www.onemanga.com

2 comments: